Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2024 @ 11:28am

Minta Tempoh 5 Tahun Untuk Selesaikan Hutang, Datuk Red Syukur Individu Mulia Hati Beri Tawaran Buka Perniagaan

Suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu usahawan Datuk Red meluahkan rasa syukur dan terharu apabila ada beberapa individu menawarkannya peluang untuk kembali memulakan perniagaan.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tersentuh hati apabila individu tersebut memberikan kepercayaan kepadanya meskipun baru berkenalanan.

Jelas Datuk Red, individu berkenaan seakan memahami perasaannya yang dalam kesusahan kerana pernah berdepan situasi sama.

“Saya pun baru kenal dia tapi Alhamdulillah ada orang di Malaysia ni baik. Dia bgai keyakinan kepada saya, kalau boleh bagi saya terus bermula saja.

“Dia tak boleh bagi sejumlah wang terus, tapi saya pun tak minta begitu. Saya nak berusaha sendiri.

“Nampak caranya ikhlas menolong saya. Dia buka jalan untuk saya meniaga, teruskan niat, bayar hutang. Sebab dia pernah ditimpa nasib sama dan mengalami situasi sama.

“Saya memang ada perancangan untuk buat perniagaan. Tunggu saja sedikit hari lagi. Insya-Allah, ada jalannya. Sebab hutang saya berjuta, kena fikir angka pendapatan semula setimpal,” ujarnya.

Datuk Red

Sementara itu, Datuk Red berkata dia pernah cuba untuk bangkit sebelum ini namun gagal. meminta ruang untuk melangsaikan hutang sekurang-kurangnya selama lima tahun.

“Saya nak fokus membayar hutang-hutang lama saya. Memang betul salah saya tapi sudah lama itu jugalah saya cuba bangun, cuba bangkit tapi tak berjaya.

“Saya masih ada kat sini. Orang akan cakap itulah ayat-ayat ‘scammer’ tapi tidak apa, ada masa saya naik nanti, saya akan jelaskan semua.

“Itu niat saya nak kerja. Kalau marah-marah dan kata nak jumpa, ketuk saya, buatlah. Namun apa yang terjadi tujuh tahun lalu, saya tak boleh nak ulang. Hal ini sudah tertulis.

“Paling tidak, bagilah saya tempoh sekurang-kurangnya lima tahun untuk jelaskan semua. Saya tak pernah menafikan pun ada hutang. Saya tahu mereka sekarang marah cakap acah-acah kasihan,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Artikel Berkaitan: 5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

Artikel Berkaitan: Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Artikel Berkaitan: “Jual Tanah Sebab Nak Tolong Dia, Sampai Trauma Anak Aku” – Bantu Selesai Hutang, Datin Red Kesal Datuk Red Tak Hargai?

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya…

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

2019亚洲影艺创意大奖! 《守百年之约》横扫马来西亚区3奖项

2019亚洲影艺创意大奖​​​​​​​昨天(16日)宣布代表亚洲各地的入围名单!八度空间年度巨献《守百年之约》荣获马来西亚区3个奖项,包括最佳女主角Emily陈子颖、最佳男配角Coby庄可比及最佳原创剧本。

Trending Tue, 16 Oct 2018

‘Tiada Lagi Alarm Clock Papa, Jumpa Di Syurga Nanti…’ Luahan Karl Shafek Buat Netizen Sebak

Hanya pecinta kucing saja yang tahu bagaimana peritnya rasa kehilangan itu…

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Seksinya Nur Sajat, Agak-Agak Makcik Bawang Kat Luar Sana Ramai Yang Dengki Tak?

Wow! Confirm Mak Cik Bawang makan hati tengok Sajat kali ni

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Doakan yang baik-baik saja buat Bella…

error: Content is protected !!