Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2024 @ 12:02pm

“Jual Tanah Sebab Nak Tolong Dia, Sampai Trauma Anak Aku” – Bantu Selesai Hutang, Datin Red Kesal Datuk Red Tak Hargai?

Perkongsian terkini isteri pertama Datuk Red, iaitu Datin Red mencuri perhatian ramai yang dipercayai berkait rapat berhubung isu suaminya menanggung hutang cecah RM5 juta.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Datin Red atau nama lengkapnya Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mendedahkan pihaknya terpaksa menjual tanah semata-mata untuk membantu suaminya itu.

“Pinjam duit orang lain nak kau mention.. yang kau pinjam duit aku tak nak pula cerita.

“Sampai trauma anak aku. Kita ni sampai jual tanah dah nak tolong dia.

“Tak apa, Allah ada. Time will reveal.

“Tengok je lah drama tu, jangan lupa tekan button like,” tulisnya.

Datin Red

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu

Manakala isteri pertamanya, Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim memfailkan perceraian Januari lalu.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama pula dikurniakan lima orang cahaya mata.

Ketika diusia 20 tahun, Datuk Red juga pernah berkahwin namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: 5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

Artikel Berkaitan: “Saya Sangat Mudah Memaafkan, Tapi Untuk Bersua Muka Insya-Allah Tidak” – Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: “Kau La Terpaling Tersakiti, Acah Mangsa!”- Dituduh Jahat, Status Adira Suhaimi Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Artikel Berkaitan: “Saya Nekad Untuk Berpisah” – Datin Red Nafi Fail Cerai Sebab Suami Ada Masalah Kewangan

Artikel Berkaitan: “Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Mon, 25 Aug 2025

Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Abby dilihat seolah-olah bersetuju dengan pendapat warganet.

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Tak Kira Normal Atau Czer, Semua Pengorbanan Ibu” – Fattah Amin Kongsi Pengalaman Sambut Kelahiran Muhammad Jarir Umar

Fattah turut berkongsi detik-detik sebelum isterinya, penyanyi dan pelakon Amira Othman, melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Hiburan Sat, 16 Jun 2018

Sehelai Pun Cukuplah…

Kata penyanyi lagu Misteri ini, sehelai baju raya tidak mendatangkan masalah buat dirinya memandangkan dia tidak akan memakainya sepanjang hari. Wah…baguslah Ernie ni, jimat!

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Farah Nabilah Sah Milik Amirul Yunus Dengan Sekali Lafaz!

Wah! RM11,111,11 bagi setiap tahun perkenalan?

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

‘Amarah’ Stacy Dapat Perhatian, Taman Tema Bakal Ambil Tindakan

Selalunya saya buat tak tahu je. Hari ini isteri yang sedang urus anak-anak yang tengah meragam terdengar pula suara yang kurang enak.

error: Content is protected !!