Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Mungkin disebabkan sering melakonkan watak wanita baik, pelakon Mira Filzah mengaku sedia keluar dari zon selesa.

Kata Mira ketika ditemui Xtra, dia bersedia menerima tawaran berlakon dalam naskah lebih mencabar termasuklah drama atau filem aksi.

“Boleh tapi ada had juga memandangkan penampilan saya yang bertudung.

“Saya teringin berlakon bawa watak aksi, kalau ada rezeki dan sesuai saya pasti terima,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem Sangkar di Battle Arena, Petaling Jaya, semalam.

Akui pelakon berusia 27 tahun ini, dia gemar melakukan aktiviti lasak sewaktu di sekolah dahulu.

“Mungkin ramai tidak tahu saya bermain hoki di sekolah malah saya juga tidak takut pada ketinggian.

“Orang ramai mungkin nampak saya lemah lembut tetapi saya tidak kisah lakukan aktiviti lasak. Saya suka aktiviti mencabar fizikal dan sedia menerima watak berbeza berbanding sebelum ini,”akhiri pelakon Pujaan Hati Kanda ini.

SGMS Fas