Nama Mira Filzah sudah tidak asing lagi dalam industri tanah air. Semenjak berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan ini, nama beliau sekali lagi menjadi bualan apabila dilihat sangat sinonim dengan program tersebut. 

Aksi beliau yang sangat bersahaja dan lemah lembut itu membuatkan program Nona mendapat sambutan yang cukup mendadak sehingga jumlah penonton program tersebut  meningkat sehingga 10% semenjak Mira Filzah menjadi hosnya. Dan ini pastinya tidak mustahil kerana, followers beliau sahaja sudah mencecah 2.6 juta dilaman instagram beliau. 

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

Tahun 2018, dilihat sebagai satu platform untuk Mira mencuba sesuatu yang baru memandangkan beliau juga turut mengakui bahawa, dirinya itu memang sudah lama mengimpikan untuk menjadi pengacara Nona selain menjadi model, berlakon dan sebagainya.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amira Filzah Badioezaman, 24 menjelaskan pembabitannya dalam program Nona ini merupakan peluang beliau untuk mengasah bakat dalam bidang pengacaraan. 

Mira berkata dia sudah bersedia menerima segala kritikan dan kecaman netizen sepanjang dia mengendalikan program tersebut.

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

Dalam pada itu, Mira turut menjadikan hos terdahulu sebagai sumber rujukan beliau dalam mengendalikan program ini.

Sebelum ini, Nona pernah dihoskan oleh Puan Sri Normala Samsudin, Maya Karin, Nurul Syuhada Nurul Ain , Fiza Sabjahan, Neelofa, Farah Fauzana dan Uyaina Arshad. 

Nona juga akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 2 petang hanya di TV3!

Kepada semua peminat Mira Filzah yang terlepas untuk menyaksikan pengacara kegemaran mereka ini beraksi dengan info yang menarik, bolehlah layari tonton di http://bit.ly/2E1tIkp

Salma Syahbuddin