Kematian pelakon India, Sridevi bukan kerana serangan jantung!

Itu berita terbaharu yang dilaporkan oleh Gulf News berhubung kematian Sridevi yang pada awalnya dikatakan mati akibat serangan jantung di Dubai.

Menurut polis Dubai, laporan bedah siasat yang dilakukan terhadap Sridevi mendapati wanita berusia 54 tahun itu meninggal dunia  akibat lemas di dalam tab mandi  bilik penginapan hotelnya selepas tidak sedarkan diri.

Malah kemungkinan  Sridevi mabuk memandangkan ada kesan alkohol di dalam tubuhnya.

Berikutan hasil penyiasatan terbaharu itu polis Dubai memanggil suami Sridevi, Boney Kapoor untuk siasatan lanjut tetapi dibenarkan pulang sebaik soal siasat selesai.

Gambar mendiang diletakkan di hadapan rumahnya di Mumbai untuk penghormatan terakhir peminatnya.

Kes itu kemudiannya telah dirujuk kepada pihak Pendakwaraya Awam untuk tindakan lanjut namun mayat pelakon berkenaan sudah pun dihantar untuk diawet  sementara Kedutaan India menunggu pelepasan daripada pihak berkuasa Dubai bagi membawanya pulang ke India.

Namun, sekiranya penyiasatan menjurus kepada wujudnya unsur jenayah, pihak pendakwaraya boleh memutuskan mana-mana prosedur penguatkuasaan undang-undang selanjutnya jika didapati perlu.

Sridevi berkahwin dengan Boney Kapoor pada tahun 1996 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Jahnvi, 21 dan Khushi, 18 tahun.  Pelakon populer filem Tamil dan Bollywood ini  meninggal dunia pada 24 Februari lalu di Dubai.

SGMS Fas