“Mohon Doakan Mak Saya….” – Kongsi Khabar Duka, Ibu Memey Suhaiza Kini Dalam Keadaan Lemah

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza berkongsi khabar duka apabila ibunya, Norlela Abdul Rahman kini sedang berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Perkara itu dikongsi Memey menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

“Di hari yang penuh keberkatan ini, Mummy nak minta tolong mohon doakan mak mummy Norlela Abdul Rahman diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Mak ditempatkan di zon merah sebab dalam keadaan yang lemah di HSI. Terima kasih banyak buat semua yang sudi doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu masih tidak mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya ibunya.

Namun, dalam masa yang sama Memey berharap agar semua peminat dan pengikut mendoakan kesihatan ibunya yang kini masih berada dalam keadaan lemah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan doa berharap agar kesembuhan segera diberikan buat ibu beliau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salma Syahbuddin