Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 6, 2024 @ 2:47pm

Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Undang Sebak, Netizen Komen: “Berjurai Air Mata, Thank You Selalu Ada Dengan Mereka”

Kemenangan kedua buat kem Malaysia pada sukan Olimpik Paris 2024 bagi kategori badminton perseorangan malam tadi menyentuh hati ramai pihak.

Malah, tindakan pemain harapan Malaysia, Lee Zii Jia usai menentang Lakshya Sen bagi merebut pingat gangsa bagi acara itu ternyata mengundang sebak.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang tular di platform X, Lee Zii Jia kelihatan memeluk erat pengulas sukan Ahmed Shahrazad Sani atau lebih dikenali sebagai Bangmed sambil kedua-duanya dilihat menangis usai perlawanan tamat.

 

Sebak dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet tersentuh melihat keakraban yang terjalin di antara pemain skuad badminton Malaysia dengan pengulas sukan tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai yang berpendapat tindakan Bangmed yang sentiasa memberikan kata-kata semangat terhadap pemain badminton negara tanpa menjatuhkan semangat mereka setiap kali mereka menang atau kalah menjadi bukti ada pertalian ‘istimewa’ yang terjalin di antara mereka.

Terdahulu, Lee Zii Jia mengalirkan air mata sebaik sahaja disoal apakah perkara yang membuatkan dia terus memberikan mata buat Malaysia ketika menentang India pada Isnin.

“Saya tidak mahu mengalah dengan mudah (selepas kalah dalam perlawan pertama).

“Saya melalui banyak cabaran sejak menjadi pemain bebas (pada tahun 2022) dan saya hanya mahu membukytikan diri saya boleh.

“Saya bangga dengan diri saya sendiri. Ini bukan pingat yang saya mahu menang. Saya menyasarkan untuk memenangi pingat emas. Waalupun ini gangsa tapi ini adalah permulaan yang baik.

“Saya akan kembali lebih kuta untuk Olimpik Los Angeles 2028 dan mendapatkan emas,” katanya sebak.

 

Setakat artikel ini ditulis, nama Lee Zii Jia dan Ahmed Shahrazad Sani kekal trending di platform X.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

大S承认怀三胎「怀孕7周」41岁高龄担心吃不消

41岁大S在11日认了真的怀了第三胎,目前才7周,自己也相当担心年龄已经过高,身体吃不消。

Trending Thu, 5 Jul 2018

Pengebumian Adam Rayqal Mengundang Tangisan Ramai Orang

Lebih kurang 1000 orang yang hadir termasuk ahli keluarga yang terkesan dengan kejadian yang menimpa bayi lima bulan itu. Pengebumian jenazah Adam dibuat di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu

Featured Wed, 15 Oct 2025

“Berhenti Serang Adik Saya & Move On” – Shila Amzah

Kata Shila, sebagai seorang kakak, dia mahu orang ramai di luar sana berhenti berkelakuan jahat dan ‘move on’ dengan isu-isu kontroversi melibatkan Syada.

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022

“Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

Saya hanya tahu sehari sebelum melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? – Puteri Sarah Liyana

Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Cahaya Mata Mon, 28 Nov 2022
error: Content is protected !!