Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 2, 2024 @ 5:41pm

Muat Naik Foto Bayi Baru Lahir, Michelle Yeoh Jadi Ibu Pada Usia 61 Tahun

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, 61, mengumumkan berita gembira kelahiran anak sulungnya bersama suami, Jean Todt, 77.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia berkongsi foto sambil memegang kaki bayi dan menyatakan rasa gembira dengan kehadiran cahaya mata tersebut.

“A little miracle on the first day of 2024. We are truly blessed. Can’t tell you how happy I am for this very very special bundle of joy,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen Michelle juga dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan industri seni dan warganet.

Sementara itu, berita gembira tersebut menimbulkan tanda tanya tentang status bayi berkenaan gara-gara usia Michelle yang berisiko untuk hamil.

Malah, ada yang membuat beberapa andaian bahawa bayi itu adalah cucunya atau melalui ibu tumpang atau mereka mengambil anak angkat.

“Lahirkan anak pada usia 61 tahun? Mungkin itu cucu dia.

“Dia tak ada anak, tak mungkin bayi itu cucunya.

“Sama ada anak angkat atau ibu tumpang. Banyak cara nak ada anak zaman sekarang,” komen netizen.

Untuk rekod, Michelle dan Jean selamat mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2023 selepas dikatakan mengikat tali pertunangan sejak tahun 2004.

Baru-baru ini, Michelle juga pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis perkahwinannya yang diadakan di Ipoh, Perak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.

Featured Mon, 27 Apr 2026

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Anzalna Nasir mengaku tiada keperluan untuk seseorang itu bersikap sombong meskipun bergelar artis atau insan biasa.

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Sempena 1 Juta View di YouTube, Baim Wong Jadi Orang Gila

Video prank oleh Baim Wong sempena 1 Juta View YouTube membantu peniaga pisang menunaikan umrah. Baik sungguh niat dan hatimu Baim Wong

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Trending Sat, 25 Aug 2018

Lelaki Terkejut Pinjam RM 2700 Tapi Dipaksa Bayar Bunga RM 6000

Seorang lagi mangsa yang merupakan tukang masak berusia 22 tahun mengakui membuat pinjaman sebanyak RM3,000 daripada Ah Long pada 8 Ogos, telah membuat laporan polis selepas rumahnya disimbah cat disyaki dilakukan Ah Long terbabit pada Khamis lepas.

error: Content is protected !!