Muat Naik Gambar Tak Bertudung Di IG, Liyana Jasmay Dikecam Netizen

Tindakan pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay (31) memuat naik foto tidak bertudung ketika sedang menikmati hidangan di restoran luar negara bersama suami dan dua orang anaknya menerusi kemas kini di akaun Instagram (IG) miliknya menimbulkan tanda tanya, apakah Liyana sudah benar-benar tidak berhijab? 

Baru-baru ini juga, tular di alam maya apabila Liyana bergaduh dengan seorang netizen apabila netizen tersebut menegur Liyana tentang cara dia memakai tudung sehingga menampakkan sebahagian rambut dan leher.

Apa-apa pun ini bukanlah perkara yang baru kerana Liyana sering kali dikecam oleh netizen di laman media sosial dek pemakaian tudungnya yang dikatakan tidak menutup aurat dan seolah-olah mempermainkan agama. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memerli tindakan Liyana itu dan ada yang berkata mereka sudah mengagak yang suatu hari nanti pelakon yang popular menerusi filem Castello itu akan membuka tudung selepas melihat fesyen tudung yang dipelbagaikannya yang dikatakan tidak sesuai. 

Walau bagaimanapun, ada juga yang cuba berfikiran positif dan berkata mungkin ianya foto lama sebelum Liyana ‘berhijrah’. 

Sekadar info, Liyana mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari, 2013 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan bernama Sofia Arissa yang lahir pada Mei, 2014 dan Selena yang lahir pada Januari 2016. 

Liyana mula mengenakan hijab pada pertengahan tahun 2017. 

Ini bukanlah kali pertama seorang pelakon di Malaysia yang memakai tudung kemudian memilih untuk membukanya setelah beberapa tahun berhijab.  Terdahulu, pelakon Uqasha Senrose dan Emma Maembong juga terpalit dengan kontroversi yang sama. 

Gaya hijab LJ – Foto ihsan IG @liyanajasmay

Gaya hijab LJ – Foto ihsan IG @liyanajasmay

Gaya hijab LJ – Foto ihsan IG @liyanajasmay

Gaya hijab LJ – Foto ihsan IG @liyanajasmay

Kredit Foto: Instagram @liyanajasmay

Del14