Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 8, 2023 @ 8:19pm

Muat Naik Video Momen Mesra Bersama Anak-Anak Yasmin Hani, Kapsyen Alif Hadi: “Walaupun Bukan Darah Daging”

Umum mengetahui kisah percintaan di antara pelakon dan pengacara Alif Hadi dan Yasmin Hani sejak awal tahun lalu.

Bukan sahaja hubungan mereka disenangi peminat, kemesraan Alif Hadi bersama anak-anak Yasmin turut dapat dilihat apabila lebih serasi bersama.

Terbaharu, Alif memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan momen-momen dia meluangkan masa bersama dua cahaya mata Yasmin dengan sungguh mesra sekali.

Antara momen-momen yang dipaparkan ialah gelagat anak kedua Yasmin iaitu Eissa Elzander Wong mencium pipi Alif. Turut kelihatan anak kedua, Noah Ismail Wong beriadah bersama.

“Walaupun bukan darah daging..,” tulis Alif ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberi pelbagai reaksi terhadap video yang cukup manis itu. Malah ramai turut memuji Alif kerana memberi kasih sayang kepada anak-anak Yasmin.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Alif tersebut telah meraih lebih 2800 tanda suka dan lebih 50 komen.

Terdahulu, Alif memaklumkan dia enggan terburu-buru dalam meneruskan hubungan bersama Yasmin ke fasa seterusnya sebaliknya mahu mengambil hati Noah dan Eissa dahulu.

Untuk rekod, Yasmin Hani pernah menikah bersama Shahrin Razali pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 Jan 2022

Cerita Pengalaman, Siti Nurhaliza Tahan Sebak Depan 5 Selebriti Master In The House Malaysia

Selesai tugasan di Korea bersama Master tersohor K-Pop Idol yang menjadi pujaan ramai iaitu Bam Bam, kini lima selebriti Master In The House Malaysia (MITH) akan diberi tugasan lain bersama Master legenda Malaysia iaitu Datuk […]

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Syurga Tempat Terbaik Untuknya” – Mimi Lana Reda, Janji Teruskan Tanggungjawab Arwah Abang

Mimi Lana meluahkan rasa cemburu terhadap cara pemergian abang tersayang

Featured Fri, 26 Nov 2021
Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Suami Bebas Dakwaan Dera Anak-Anak, Zahnita Pula Dedah Dipukul & Dicekik Gara-Gara Hasutan Wanita Lain?

Zahnita menerusi hantaran di ruangan Instagram Storynya pula mendedahkan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya sehingga menerima lima hingga enam pukulan pada kepala dan lengannya.

Eat Travel Tue, 15 May 2018

10 Foto Pantai-Pantai Tercantik Di Dunia, No. 4 Paling Gorgeous

Jom nikmati dan kagumi ciptaan Tuhan dengan melihat foto-foto pantai yang paling gorgeous di dunia.

error: Content is protected !!