Muat Naik Video TikTok Bersama, Netizen Kritik Watie Tak Akan Tandingi Arwah Siti Sarah… Ibu Shuib Tampil Bidas Warganet

Kisah percintaan pelawak, Shuib bersama wanita pilihannya, usahawan Watie Hanifiah semakin hangat diperkatakan.

Terbaru, ibu Shuib, Salamiah Jalani memuat naik video TikTok bersama Watie dan ia telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, hubungan antara Watie dan Salamiah seperti sudah terlalu rapat dan dilihat amat mesra bersama membuatkan ramai pihak sebak.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang membandingkan Watie bersama isteri Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah, namun pantas dibidas oleh ibunya itu.

“Hmmm.. boleh la buat raso-raso.. Tak boleh tanding yang dulu,” kata netizen.

“Ni lagi satu puasa-puasa pun nak berakap tak ada adab. Jangan suka menilai orang lain. Macam diri tu dah sempurna,” jawab ibu Shuib.

Bukan itu saja, ada juga yang berkata Watie merupakan pilihan ibunya untuk menjadi isteri kepada Shuib.

“Pilihan hati mak.. Tentu mak suka dan sayang,” ujar netizen.

Jawab ibu Shuib, jodoh berada di tangan Sang Pencipta, begitu juga dengan hati.. “Milik Allah,” katanya.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang terkenang Allahyarham Siti Sarah yang popular menerusi lagu Kesetiaan itu.

Menyayangi menantunya, ibu Shuib berkata dia sentiasa mengingati Siti Sarah meskipun kini arwah tiada di sisi.

“Terus teringat Siti Sarah.. Al-fatihah buat arwah,” kata netizen.

“Alhamdulillah, Siti Sarah sentiasa di hati,” ujar ibu Shuib.

Aqilah Paharuzi