Hiburan By: Khairil Khusyairi April 7, 2024 @ 6:58pm

“Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Pelakon baharu, Muaz Zabir akhirnya tampil menjelaskan kontroversi yang terpalit dirinya bersama aktres, Bella Astillah baru-baru ini.

Menurut Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir, kontroversi yang melibatkan dirinya bersama isteri kepada aktor sensasi, Aliff Aziz itu telah berakhir dan kini telah melupakannya.

“Hal ini sebenarnya sudah selesai pada tahun lepas.

“Kami telah mendapat kata sepakat daripada keluarga Bella dan Aliff Aziz untuk ‘move on’ daripada apa yang terjadi ini.

“Pada awalnya, saya menjadi pendengar keluhan Bella Astillah. Saya diberitahu bahawa Bella ingin membuat Aliff cemburu,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi pada Ahad.

Akui khilaf dengan apa yang terjadi, Muaz menegaskan dia tidak berniat untuk meruntuhkan rumah tangga rakan selebriti.

“Sebagai rakan, saya ingin membantu Bella. Saya tidak berniat nak rosakkan rumah tangga orang.

“Ini salah saya. Keluarga Bella tak salah dan mereka tidak tahu.

“Lebih baik, saya berdiam diri. Saya tak berniat nak masuk campur. Saya kasihan dengan Bella mengenai apa yang terjadi,” ujarnya.

Tambah Muaz, kontroversi tersebut jelas memberi tekanan kepada dirinya namun tak mampu menangkis persepsi masyarakat terhadapnya.

“Cerita ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga kepada Bella sendiri. Saya tidak dapat menghalang persepsi masyarakat, itu adalah hak mereka atas kekhilafan saya.

“Saya belajar dari kesilapan dan tak akan lari. Saya mohon maaf kepada keluarga saya dan Bella. Doakan saya menjadi lebih baik,” tutupnya.

Terdahulu, Bella Astillah menjelaskan dakwaan curang bersama Muaz Zabir adalah bertujuan mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu yang ketika itu curang dengan dua wanita.

Sebelum ini. Kecoh di media sosial apabila tular dakwaan Bella menjalin hubungan intim dengan Muaz Zabir susulan terdapat pendedahan di TikTok yang memaparkan tangkap layar perbualan mesej antara Bella dan Muaz yang saling bermesra.

Lebih panas, tular juga foto romantis Bella bersama Muaz yang didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dedah Foto & Mesej Mesra, Akaun Sama Dedah Bella Astillah, Muaz Zabir Kerap Bercuti Bersama Pula?

ARTIKEL BERKAITAN: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Masih Guna Status ‘Pengurus’, Ezlynn Kecewa Dengan Bekas Suami?

Ezlynn ada sikit pesanan untuk bekas suaminya, Adam Fahmy…

Trending Tue, 24 Mar 2020

Gara-Gara Covid-19, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Terpaksa Dihentikan?

Jadi gais jangan degil nanti susahkan semua orang pula

Trending Mon, 26 Jul 2021
Trending Mon, 6 Aug 2018

失智母53岁忘了家人 歌手儿抱她唱自创曲「只有音乐能逗她笑」

来自美国乡村歌手Jay Allen于7月杪演出时,邀请了罹患阿兹海默症(或称痴呆症)的母亲聆听他亲自为母亲所写的歌曲《Blank Stares》;两人当时在台上紧靠彼此,Jay演唱的画面被粉丝录下,感动许多网友。

Featured Fri, 27 Oct 2023

“Pilih Circle Yang Betul Tak Bermakna Saya Perlu Buang Kawan”- Bergaul Dengan Agamawan, Zizi Kirana Mengaku Kekal Istiqamah Bukan Perkara Mudah

kadang kita kecikkan circle bukan sebab sombong tapi kita memilih untuk hidup lebih tenang dan jadi lebih positif❤️

Featured Wed, 9 Mar 2022

Aisar Khaled Teruja Bergandingan Dengan Syafie Naswip & Elizabeth Tan

Fuh, bukan biasa-biasa barisan pelakon filem ini!

Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Trending Wed, 15 Jul 2020

Dr Noor Hisham Minta Rakyat Malaysia Lakukan Perkara Ini…

Jangan Malas! Jangan Alpa! Patuhi SOP okay…