‘Mujur Isteri Jaga Akaun IG’-Ajak Shiro Kongsi Pengalaman Digoda Peminat ‘Miang’

Pelawak Ajak Shiro mengaku pernah digoda peminat wanita menerusi laman Instagram sebelum ini.

Ajak ketika ditemui di majlis iftar dan sumbangan duit raya anjuran Hotel A Loft & Joe PRC International mendedahkan dia terkejut masih ada peminat yang berani walaupun tahu mengenai statusnya sebagai suami.

“ Tipulah saya cakap tak pernah diganggu peminat wanita di Instagram. Ada peminat yang berani menghantar gambar tidak senonoh di Instagram.

“ Mujur isteri yang sedar tentang hal itu dan dia tunjuk kepada saya gambar berkenaan. Sebenarnya isteri yang pantau IG dan segala mesej diterima akan dimaklumkan oleh dia. Tapi dia okay dan terus kami block akaun pengirim,” katanya kepada Xtra.

Pelawak berusia 33 tahun ini juga bersyukur isterinya, Afifah Amin sangat memahami kariernya sebagai seorang artis yang berdepan dengan pelbagai ragam peminat.

“ Setakat ini Alhamdulillah saya sangat bahagia bersama isteri dan anak-anak. Saya tak mahu cakap besar kerana bimbang dengan dugaan berkaitan kes curang. Hati manusia selalu berbolak-balik, saya doa agar hati saya terus dilindungi dan tidak tewas dengan godaan yang mendatang.

“ Kejayaan saya hari ini juga atas rezeki anak-anak. Saya hanya menumpang rezeki mereka dan akan cuba menjadi suami dan bapa yang baik kepada anak-anak. Insha Allah,” ujar Ajak.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak berkahwin dengan Afifah Amin pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.

SGMS Faida