Hiburan By: Padin July 4, 2023 @ 7:19pm

Muncul Dengan ‘Sejuta Kata’, Hazrul Nizam Tunggu 15 Tahun Realisasi Impian Berduet Dengan Diana Nazyra

Bintang terkenal Singapura, Hazrul Nizam tampil dengan single duet berjudul Sejuta Kata bersama penyanyi Diana Nazyra.

Sudah lama bersahabat baik, mereka menanti 15 tahun untuk merealisasikan impian untuk berduet dalam sebuah karya.

Merupakan lagu ciptaan Omar K dan Hazama, Sejuta Kata mula menemui peminat pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents.

“Masing-masing berada dalam industri hiburan Singapura, jadi kami sudah lama mengenali dan selesa berkawan baik. Sudah lama sebenarnya kami merancang untuk berduet dalam sebuah lagu, hampir 15 tahun.

“Namun, dek kerana kesibukan masing-masing, keinginan kami ini sentiasa tertangguh. Akhirnya, selepas Hazrul selesai bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tahun lalu, idea ini timbul semula dan akhirnya impian kami menjadi kenyataan.

“Saya berbangga kerana dapat menyanyi bersama Hazrul dalam karya indah yang dicipta oleh komposer profilik, Omar K dan penyanyi popular, Hazama. Saya berharap ia mendapat respons positif pendengar muzik nusantara,” jelas Diana.

Tambah Hazrul yang terkenal dengan lagu Kaulah Segalanya, proses untuk menghasilkan karya duet ini dipermudahkan dan mendapat sokongan penuh HMA Entertainment.

“Ada yang bertanya kenapa saya tak keluarkan single solo selepas tamatnya program realiti terbabit. Saya ada perancangan itu dan sedang dalam proses untuk menghasilkan karya solo.

“Tapi, projek duet ini perjalanannya sangat mudah. Selepas perbincangan, segalanya berjalan lancar dan akhirnya ia selamat muncul menemui peminat. Saya berharap lagu ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya.

Lagu duet terbaru dari Hazrul dan Diana ini menceritakan kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. Meski ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

SAYANGNYA KAMI BUKAN KEKASIH – SYAMEL

Menurut Syamel, panggilan sayang itu hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud. Malah, bagi Syamel dia dan Erni hanyalah kawan baik sahaja

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Elvina Mohamad Mula ‘Peka’ Siapa Kawan Siapa Lawan

Ada yang meminta saya meninggalkan suami selepas apa yang berlaku sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar. Aduhai…kenapa sampai begitu sekali. Perlu ke seorang kawan berbuat macam itu?

Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Featured Wed, 9 Nov 2022