Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Yunalis Zarai antara penyanyi tempatan yang sudah jauh melebarkan sayapnya sehingga ke pentas Hollywood. Pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Usher, DJ Premier dan lain-lain membuatkan Yuna lebih dikenali di seluruh dunia. Malah lagunya sahaja sudah mendapat tempat dihati peminat-peminatnya mahupun selebriti terkemuka seperti Kendall Jenner.

Terbaru, Yuna ada menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengan pengarah muzik muda dari Rusia yang terkenal, Zedd. Yuna juga mengakui bahawa, beliau mengagumi bakat Zedd dan merancang untuk menghasilkan lagu bersama.

Dalam tweet berkenaan, Yuna turut menyatakan bahawa hasratnya untuk bekerjasama dengan Zedd bermula apabila lagu ciptaan Zedd yang berjudul The Middle sangat diminati oleh anak rakannya yang berusia 4 tahun. 

Nyata, impian penyanyi yang berasal dari Kedah ini bukan angan kosong semata-mata. Kerana, Zedd dilihat turut memberikan respon terhadap komen Yuna melalui akaun Twitter beliau. 

Alahai, bertuahnya Yuna ni kan? Nampak gayanya lepas ni, nama Yuna bukan lagi asing dikalangan peminat-peminatnya di seluruh dunia. Tahniah Yuna! You Go Girl!

Ad Ops