Muzik Video ‘Comel Pipi Merah’ Trending!

Baharu memasuki hari ke-3, muzik video penuh lagu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditujukan khas buat puteri kesayangannya,  ‘Comel Pipi Merah” sudah mendapat sambutan hangat dengan tontonan hampir 400,000  serta 33,000 tanda suka.

Sudah  ‘trending’ pada tangga ke empat, muzik video yang dimuat naik melalui You Tube rasmi DatoSNurhalizaVEVO berkenaan memperlihatkan perjalanan Siti ke dalam bilik pembedahan sehinggalah saat melahirkan Siti Aafiyah yang disambut suami tercinta, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa.

Krediti:DatoSNurhalizaVEVO

Kebanyakan komen yang menyusul  melahirkan rasa sebak menonton video muzik tersebut malah turut berkongsi rasa kegembiraan yang dirasai Siti apatah lagi penantian selama 11 tahun bagi memperoleh cahaya mata akhirnya termakbul.

Video berdurasi 4:07 minit bermula dengan bayangan ‘scan’ #BabyCTDK sehinggalah bayi yang digelar pada mulanya mengikut nama puteri Nabi Mohammad SAW,  Fatimah Az-Zahra  berakhir dengan wajah Siti Aafiyah dan Siti mengusap perutnya yang masih sarat mengandung.

Wajah Siti Aafifah pada hari ke 9.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi comel pipi merahnya itu  dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

SGMS Fas