“Nabil Je Boleh Bahan Neelofa” – Terhibur! ‘Caption’ Nabil Selamba ‘Bahan’ Neelofa Buat Netizen Geli Hati

Gandingan pasangan pengacara, Neelofa dan Nabil Ahmad dalam sebuah program hiburan masih diingati sehingga kini.

Selepas tujuh tahun bekerjasama, Neelofa memilih untuk mengundurkan diri bagi memberikan fokus terhadap perkara lain.

Terbaharu, Nabil telah memuat naik foto bersama isteri, Nazirah Ayub dan Neelofa yang sedang sarat mengandung anak kedua di Instagram miliknya.

“Asal jumpa je preggy,” tulisnya.

Ternyata gambar tersebut telah mengundang pelbagai respons peminat mereka yang terhibur dengan kapsyen yang ditulis Nabil.

Malah, ramai juga yang rindu gandingan dua sahabat baik ini di kaca TV.

“Nabil je boleh bahan Lofa. Caption yang terpaling win.

“Rindu gandingan Lofa dan Nabil. Tiada Lofa saya dah tak tengok Meletop,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana