Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 21, 2023 @ 5:15pm

Nadhir Nasar Kecewa Drama ‘Bocor’, Mohon Penonton Tengok Di Saluran Betul – “Saya Sangat Sedih”

Pelakon, Nadhir Nasar, 26, mengakui terlalu kecewa apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan episod-episod drama lakonannya yang belum ditayangkan di kaca televisyen di platform yang haram.

Menurut Nadhir, tindakan tersebut seolah-olah tidak menghargai penat lelah tenaga produksi yang bertungkus lumus menghasilkan karya yang berkualiti kepada penonton.

“Sebenarnya saya sangat sedih, ada episod tertentu yang kami tunggu untuk persembahkan apa yang dihasilkan. Kami mula penggambaran dari pagi hingga ke pagi, bukan benda yang tak elok sebab kami nak lakukan dengan terbaik.

“Kami para pelakon sendiri yang mahu lakukan sebab babak-babak tertentu yang pengarah mahukan kami tahu ia boleh ‘dijual’ kepada penonton.

“Jadi bila tersebar episod-episod yang belum lagi ditayangkan di platform yang tak betul ini, memang agak kecewa,” luahnya.

Mengakui perkara tersebut tidak boleh dikawal, Nadhir turut memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menonton di platform yang tidak sahih dan berharap isu ini tidak berulang.

“Apa yang saya boleh cakap adalah rakaman yang tersebar tu kita tak boleh hentikan di Internet, jadi dia akan terus tersebar ke mana sahaja.

“Saya rasa apa yang kita perlu buat sekarang ini ialah semuanya atas diri sendiri sebab semua tenaga produksi bekerja keras untuk buat satu naskhah yang berkualiti tinggi.

“Kita menuju ke industri yang berkualiti tinggi, tapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan itu, sudah tentu kami rasa kecewa.

“Kepada semua yang dapat pautan link tersebut, tolong jangan tengok. Tontonlah di platform yang halal dan bukan yang haram. Kita doakan benda ini tidak terjadi lagi selepas ini, apa yang terjadi kami ‘let go’,” tutupnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa episod drama Projek: High Council ‘bocor’ di pelbagai platform internet dan aplikasi media sosial.

Nadhir ditemui pada acara pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky, di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bergelar duta untuk Bulan Bintang untuk kali yang kedua, Nadhir berbangga kerana dapat mengangkat jenama lokal.

“Ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta Bulan Bintang. Saya bersyukur kerana jenama ini mempunyai visi tersendiri.

“Saya juga sangat teruja dengan koleksi yang dipersembahkan tahun ini. Saya berharap saya dapat berjaya bersama jenama ini,” katanya lagi.

Selain Nadhir, jenama yang diasaskan oleh Azzim Zahid Azmi ini turut menampilkan duta lain seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel Kesal Ramai Tonton Drama Secara Haram – “Hargai Seni Bukan Rog*l Seni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Ketepi Kerjaya Peguam, Sangeeta Tak Pernah Menyesal Jadi Pelakon

Pelakon utama Adiwiraku ini juga bakal berangkat ke New York untuk mengikuti kursus pendek tak lama lagi. Good luck Sangeeta!

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018
Hiburan Wed, 2 May 2018

Takut Dipanggil Gemuk, Tengok Apa Kanye West Buat

Ibu Kanye, Donda West meninggal dunia pada tahun 2007 akibat komplikasi selepas mengalami pembedahan plastik termasuk liposuction.

Featured Thu, 13 Mar 2025

Rugi Setengah Juta, Noraniza Idris Keluar Duit Sendiri Bayar Gaji Pekerja – “Saya Kumpul Wang Persembahan & Simpanan Anak-Anak”

Noraniza berharap agar pihak terlibat memberikan kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Hiburan Sat, 26 May 2018

《娱协30》黄明志以5奖成为大赢家

黄明志早前先以featuring王力宏的《漂向北方》拿下十大原创歌曲奖(国际组),在《娱协30》再下一城勇夺最佳原创金曲、最受欢迎K歌金奖、最佳作词及最佳歌曲制作奖,以5奖成为当晚最大赢家。

Hiburan Sun, 5 Aug 2018

Kes Penemuan Dadah Uqasha Senrose Selesai

Kes sudah ditutup dan semuanya sudah selesai.Saya juga tidak mahu mengungkit lagi kejadian itu

error: Content is protected !!