Categories: HiburanSelebriti

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Tahniah! Kapsyen pada sekeping gambar di Instagram milik Nadia Brian menunjukkan pelakon wanita ini sudah dilamar.

Menerusi entri di Instagramnya, Nadia memuat gambar kekasihnya yang dikenali sebagai Mu’izz Nasruddin sedang melamarnya di hadapan Menara Eiffel, Paris.

“ Definitely YES,” tulisnya ringkas berserta lambang cinta dan cincin.

Rata-rata pengikut Nadia gembira dengan perkongsian ini dan mendoakan agar segala perancangan pasangan ini berjalan baik.

Awal tahun ini, Nadia mendedahkan jejaka yang dikenali dengan Mu’izz Nasruddin adalah kekasihnya serta menganggap ini adalah permulaan tahun baru yang indah.

SGMS Faida