Categories: HiburanSelebriti

Selepas Sekian Lama, AKHIRNYA Ardell Buka Mulut Soal Jodoh…

“ Kalau dialah jodoh yang ditentukan ALLAH, saya terima,” kata pelakon Ardell Aryana mengenai hala tuju hubungannya bersama pelakon Nadzmi Adhwa.

Pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini mengakui rapat dengan Nadzmi sejak keduanya masih di universiti lagi.

“ Ahli keluarga memang saling mengenali. Kami tidak mahu memikirkam sangat soal siapa jodoh kami. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, maka tiadalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Pasangan selebriti ini sering digosipkan bersama lantaran keakraban mereka yang dapat dilihat di sosial media.

Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell pernah bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Dalam masa sama, Ardell juga memaklumkan dia tidak mahu bakal pasangannya nanti menerima dirinya atas dasar simpati.

Terdahulu, Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin pernah dilaporkan bertarung dengan sakit kanser tahap 3.

Rata-rata peminat masih lagi tertanya-tanya apakah yang sedang dilalui oleh Ardell dan tidak putus-putus mendoakan kesihatan Ardell supaya diberi kesembuhan dengan segera. Semoga terus bahagia, Ardell Aryana…

SGMS Faida