Categories: HiburanSelebriti

Terima 1 Juta Pengikut, Terima Kasih AJL!

Populariti Sufian Suhaimi mencanak naik sejak membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 33, Ahad lepas.

Rata-rata peminatnya masih belum move on dengan persembahan Di Matamu malah video persembahannya itu di Youtube menerima tontonan lebih lima juta dalam masa lima hari.

Sufian juga mengucapkan terima kasih apabila jumlah pengikutnya di Instagram sudah mencecah satu juta.

“ Saya anggap ia sebagai penanda aras baharu dalam karier seni. Terima kasih kepada semua pengikut yang selama ini menyokong perjalanan seni saya sehingga ke tahap ini.

“ Mendapatkan jumlah pengikut sehingga satu juta bukan hal yang mudah kerana saya bermula dari bawah,” katanya.

Penyanyi lagu Terakhir ini juga mengucapkan penghargaan kepada pentas AJL 33 yang meledakkan popularitinya.

“ AJL adalah faktor utama yang menaikkan nama Sufian Suhaimi dan secara tidak langsung, saya rasa bertanggungjawab untuk memberikan contoh yang baik sebagai seorang figura awam,” katanya. -BH Online.

SGMS Faida