Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 12, 2022 @ 8:37am

Nafiez Zaidi Tak Tumpang Populariti Fify Azmi – “Saya Ikhlas Jalinkan Hubungan Ini”

Pelakon Nafiez Zaidi menyangkal dakwaan orang ramai bahawa dirinya menumpang populariti tunangnya, Fify Azmi.

Menurut Nafiez Zaidi atau nama penuhnya Abdul Nafis Abduzaidi, 30, tidak pernah terlintas dalam dirinya untuk menumpang nama kekasih hatinya, malah hubungan yang terjalin benar-benar atas dasar cinta.

“Sejujurnya saya tak pernah terlintas langsung nak tumpang populariti dia.

“Hubungan yang terjalin antara kami ini adalah atas dasar cinta dan bukannya sebab nak tumpang nama atau populariti dia,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, biarpun sering menerima tohmahan itu, Nafiez memilih untuk mengendahkan dakwaan tersebut dan tegas menyatakan keikhlasannya menjalinkan hubungan bersama Fify.

“Ya, memang ada juga terdengar perkara ini tetapi saya tak ambil pusing pun.

“Jadi, memang tiada isu tumpang populariti sesiapa pun. Saya ikhlas jalinkan hubungan ini dengan dia.

“Jika sudah namanya jodoh, memang tak boleh nak elak pun,” katanya.

Sementara itu,  pelakon itu juga menyatakan mereka masih belum menetapkan tarikh tetap untuk mendirikan rumah tangga.

“Setakat ini kami tiada tarikh lagi, doa-doakanlah tahun depan,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, keluarga Nafiez telah menghantar rombongan untuk merisik Fify di Subang Jaya, pada Jun lalu.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Thu, 1 Dec 2022

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu. Mengisi slot Samarinda TV3, […]

Trending Wed, 7 Apr 2021
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Trending Tue, 12 Jun 2018

爸妈没出过国 女儿画了「史上最强出入境攻略」

对于英文不好,又从来没有出过国的人来说,第一次出国是很麻烦的事情,特别是出入境的时候。

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Difahamkan, Ariana dikatakan masih menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu…

error: Content is protected !!