Hiburan By: Fatin Nurain October 27, 2023 @ 12:12pm

Naim Daniel Pernah Hidup Susah Ketika Belajar – “Saya Cari Duit Syiling Merata-Rata Tempat Untuk Makan”

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tampil berkongsi keperitan hidup yang dilaluinya ketika menyambung pengajiannya dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada tahun 2015.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Naim ketika menjadi artis jemputan sesi podcast bersama Amelia Henderson di Studio Sembang, baru-baru ini.

Menurut Naim, ketika dia menyambung pengajiannya di institusi pengajian itu dia telah berdepan dengan masalah kewangan yang sangat teruk.

“Waktu tu takda duit. Saya miskin gila. Saya ingat lagi dekat rumah sewa, saya cari duit syiling dekat merata-rata tempat tepi-tepi bucu rumah ke apa sebab nak beli makanan tengah hari.

“Jumpa syiling dekat tepi tong sampah, tepi mesin basuh, lepastu saya kumpul sampai dapat RM3.50 saya beli lunch. Tapi saya suka ‘uni life’,” katanya.

Tergamam dengan kenyataan itu, Amelia meluahkan rasa kagumnya kerana setiap perjalanan yang berlaku dalam hidup pelantun lagu Sumpah itu mencoraknya menjadi seorang yang tidak mudah lupa diri.

Terharu dengan pujian itu, Naim bagaimanapun menyatakan dia hanyalah orang biasa sahaja sekiranya tidak berada di depan kaca televisyen.

“Sebenarnya ia membantu dan dia buat saya macam datang dengan lebih banyak empathy. Saya cuba sebaik mungkin untuk kaitkan dengan orang ramai.

“Jadi, sebab tu bagi saya bila di pentas ke di skrin ke benda tu dekat situ je tapi sebenarnya saya orang biasa sahaja,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Studio Sembang (@studiosembang)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023
Featured Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Sat, 6 Oct 2018

‘ Moga Anak-Anak Anggota Bomba Yang Terkorban Baru-Baru Ini…’, Jimmy Shanley Teringat Kisah Lama

8 Ogos 1984, bermulalah saya membesar tanpa kasih sayang seorang insan bergelar ayah… moga anak-anak anggota Bomba yang terkorban baru-baru ini di kawasan yang sama di Puchong membesar menjadi anak-anak yang Soleh.

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Mungkin Belum Ada Rezeki Lagi – Marsha

Tidak pernah tertekan dan masih menanti dengan sabar kerna belum ada rejeki lagi

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Zee Avi Kembali Menetap Di KL

Alhamdulillah, someone is back for good!

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Peserta Uji Bakat Mentor Milenia…Baca Pesanan Ini Sebelum Hadir Ke Lokasi!

Uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jangan datang dengan imej selekeh ok?