Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 18, 2023 @ 10:16am

“No Komen!” – Syamsul Yusof Pilih Kunci Mulut

Pengarah terkenal Syamsul Yusof memilih untuk mengunci mulut berhubung kes perceraiannya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Syamsul seusai tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.47 pagi ini.

Menurut Syamsul, 38, dia tidak mahu memberikan sebarang komen selagi kes tersebut belum dibicarakan.

”No komen, kita tunggulah kejap lagi macam mana. Cukup-cukuplah korang buat headline. Saya taknak bagi headline kat wartawan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penampilannya hari ini, Syamsul menyatakan dia memakai baju yang dibelinya tiga tahun lalu.

Sebelum ini, isterinya, Sarah menyatakan dirinya mengharapkan proses perceraian hari ini berjalan lancar.

Malah, pelakon itu turut tampil berbeza dengan mengenakan pakaian serba putih bak merpati.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Depress, Saya Happy!”- Bak Pengantin, Puteri Sarah Liyana Tampil Berbusana Putih Hadir Kes Perceraian Bersama Syamsul Yusof

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Fri, 24 Sep 2021
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Dari Peminat Ke Pentas Idola, Impian Sedekad Insomniacks Tercapai… Jadi Pembuka Konsert 5 Seconds of Summer!

Impian 10 tahun Insomniacks akhirnya menjadi kenyataan apabila dipilih sebagai artis pembuka tirai konsert 5 Seconds of Summer (5SOS) di Malaysia pada 17 November dan 4 Disember depan.

Trending Mon, 24 Jun 2019

无奇不有!巴纽产「巨无霸香蕉」粗到一只手拿不住

我们常见的香蕉,也就大约手掌大小,还有更小的芭蕉,但巴布亚新几内亚有一种香蕉种类,体型宏大,无论是香蕉树还是香蕉,都吓人一跳!

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

error: Content is protected !!