“Nak Bagitau Isteri Pertama Pun Takut” – Isteri Caprice ‘Sound’ Lelaki Curang, Minta Jangan Salahkan Takdir & Guna Alasan Agama

Sejak kebelakangan ini, isu berpoligami dan orang ketiga menjadi topik hangat dalam kalangan ramai.

Tidak terkecuali isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis turut memberi pendapat peribadinya di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Farra meminta kepada kaum lelaki yang bergelar suami untuk tidak menggunakan agama sebagai alasan untuk berpoligami jika hak isteri masih belum sempurna ditunaikan.

“Please, please, please wahai lelaki diluar sana, tolonglah sedar diri sikit. Jangan kau bagi alasan sebab kau nak ikut jejak Nabi sedangkan nafkah isteri kau tak ikut sunnah.

“Kalau Nabi tu dia berlaku adil kepada isteri-isteri tak apa. Kalau kau betul-betul layak, kau mampu kau buatlah. Tapi, kalau setakat nak bagitahu dekat bini pertama pun kau takut, kau tipu dia selama bertahun-tahun… agak-agaklah, bini mana yang tak gila, tak maki,” luahnya.

Tambahnya lagi, seseorang itu tidak perlu untuk menyalahkan takdir atas kesalahan diri kerana baginya berlaku curang itu adalah pilihan sendiri.

“Bagi aku, kau jangan salahkan takdir. Tak payah cakap ini takdir Allah kerana curang itu adalah pilihan. Engkau yang nak curang.

“Satu lagi, si penyondol kalau kau tak buka hati dekat si penyondol benda itu takkan jadi. So, masalah sekarang ini masalah lelaki dengan perempuan ini memang bermasalah. Memang dua-dua bodoh,” tutur Farra.

Tegasnya, dia bukanlah jenis seorang yang gemar untuk memberikan komen mengenai isu yang hangat berlaku tetapi berasa terpanggil apabila isu yang sama tular di semua laman sosial.

 

Atiqah Johari