Psst…Cara Mudah Cantik Macam Priyanka Chopra!

Selebriti terkenal Priyanka Chopra mengaku amat mementingkan kesihatan kulit wajahnya.

Isteri kepada penyanyi Nick Jonas ini akan memastikan solekan di wajahnya akan ditanggalkan sebelum masuk tidur.

“ Cara saya merawat kulit adalah dengan memastikan kulit kekal lembab setiap hari.

“ Saya juga selalu membersihkan solekan wajah sebelum tidur,” ujar Chopra.

Tambahnya, dia juga berkongsi tips agar kulit sentiasa lembab dengan cara paling mudah iaitu dengan minum air yang banyak.

“ Itu benar-benar tips yang mujarab,” katanya.

Pelakon filem Isn’t It Romantic ini juga mendedahkan di dunia ini standard kecantikan di dunia ini tiada yang benar nyata.

“ Saya sedar harus melakukan sesuatu agar benar-benar terlihat seperti yang dilakukan untuk muka depan majalah.

“ Penampilan bukanlah segalanya tetapi keyakinan diri adalah paling utama,” akhirinya.

SGMS Faida