Categories: Hiburan

Nak kritik? Saya Tak Ambil Kisah

Adatlah kan bagi seorang selebriti, suka atau tak, pasti ada je kritikan membina ataupun sebaliknya. Ye tak? Bagi pelawak terkenal, Ajak Shiro memberitahu dia terbuka dengan kritikan diterima netizen selain tidak mengambil kisah dengan komen berbaur makian atau cacian terhadapnya. Katanya, jika seorang selebriti itu tidak dapat menerima pandangan dan kritikan adalah lebih baik tidak menceburi bidang seni.

“Yang mana kritikan membina saya akan ambil tapi komen yang makian, cacian dan melibatkan keluarga benda itu saya tak marah dan tak ambil kisah. Tambah-tambah pula jadi artis, kalau tak boleh terima teguran, jangan jadi artis,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kritikan segelintir pihak yang membandingkan kredibilitinya mengendalikan program Melodi dan hos terdahulunya, Awal Ashaari, Ajak berkata, perkara itu tidak adil. Ini kerana kata Ajak, dia masih baharu mengacarakan Melodi namun memahami apabila ada membandingkannya dengan Awal.

“Bila awak menilai saya yang masih baru dengan Awal yang sudah enam tahun mengendalikan program itu, pada saya tidak adil. Orang memang akan membezakan dan membandingkan sebab itu sikap manusia dan kita tak boleh buat semua orang suka kita. Tapi bila kita tahu majoriti menyokong itu sudah memadai. Saya tak marah dan tak hirau pun dengan kritikan negatif,” ujarnya.

Ajak dan Janna Nick mula mengambil alih program tersebut pada 7 Januari lalu selepas Awal dan AG mengumumkan mengundurkan diri daripada program tersebut. Dalam perkembangan lain, Ajak kini berentap dengan lima pelawak iaitu Abam Bocey, Achey Bocey, Issey, Mark Adam dan Shuk dalam program Bintang Bersama Bintang (BBB)

Sumber: Mstar Online

 

SGMS Putri