Nak Menang Tiket Ke AJL 34? Sertai Peraduan #AJL34TIKTOKCHALLENGE Sekarang!

Debaran semakin terasa!

Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) pada tahun ini bakal menggegarkan Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini!

Tiket telah pun mula dijual di laman www.myticket.asia  dengan harga RM30, RM40 bagi aras tiga dan arena RM60.

Bagi korang yang inginkan tiket free, mudah sahaja! Korang hanya perlu ikuti cara penyertaan di bawah untuk memenangi tiket ke #AJL34.

Cara Penyertaan

Apa yang korang perlu lakukan ialah dengan merakamkan  video TikTok dengan lagu finalis #AJL34 di aplikasi TikTok. Kemudian, buat video paling kreatif korang dan post di aplikasi TikTok. Jangan lupa! Gunakan hashtag #AJL34TikTokChallenge #AJL34 dan tag 2 orang rakan korang okay!

Pastikan korang follow TikTok TV3Malaysia. 5 pemenang bertuah dengan video TikTok paling kreatif akan memenangi sepasang tiket Arena #AJL34 !

Apabila Finalis #AJL34 BerTik-Tok

Sebelum itu,  Xtra nak belanja sikit video finalis #AJL34 kita bermain Tik-Tok, memang kelakar habis guys!

 

Finalis kita pun dah cuba bertik-tok, apa lagi guys jangan lupa join untuk jadi yang bertuah memenangi tiket ke #AJL34 okay!

Sumber foto: Instagram Tv3

Syafiqa Irdina