Categories: Trending

Netizen Dedah Kisah Sebenar Disebalik Mayat Lelaki Yang Ditemui Di Sebuah Rumah Bersama Sekeping Nota ‘Misteri’

Penemuan seorang mayat lelaki dipercayai warga Indonesia di sebuah rumah di Tangjong Karang, Batu 11 bersama sekeping nota misteri mengejutkan orang ramai minggu lalu. 

Terbaru, seorang pemilik twitter dikenali dengan nama Aliff mendedahkan kisah sebenar di sebalik rumah yang dipercayai menjadi tempat penemuan mayat tersebut. 

Nota misteri bertulis “tolong uruskan rangka mayat di Arwah Cikgu Jumbri”

Pemilik Twitter tersebut mendedahkan kisah sebenar penyewa di rumah itu yang sering mengalami gangguan misteri sehingga tidak ramai yang menetap lama. Malah, sekumpulan krew yang terlibat dalam sebuah produksi filem juga pernah melakukan penggambaran di rumah itu juga sering ‘diganggu’.

Dipercayai rumah tersebut merupakan rumah seorang guru lelaki bersama keluarganya yang telah meninggal dunia. Rumah tersebut dijual sekitar tahun 1990 an. 

Mayat lelaki ditemui tak berbau walaupun sudah sebulan mati

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Berita Harian, dipercayai mayat lelaki itu sudah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu namun ketika dijumpai, mayat itu berada dalam keadaan sempurna dan tidak berbau. 

Dipercayai sewaktu hayatnya mayat lelaki yang mengambil upah membersihkan kawasan persekitaran rumah itu merupakan seorang yang baik hati selain sering melakukan solat berjemaah di surau. Kes kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Takziah diucapkan buat keluarga si mati.

Sumber: Twitter

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”