#AnggunLife : Nak Tukar Angin, Linda Onn Kini Bergelar Produser

Penyampai radio Kool FM Linda Onn memaklumkan bakal bergelar produser filem dalam masa terdekat.

Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn berkata, dia bakal menerbitkan sebuah telemovie untuk sebuah stesen televisyen.

“ Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenainya kerana masih terlalu awal. Ini merupakan kali pertama saya menjadi produser, kira ‘first baby’ saya. Telemovie ini mengangkat tema komedi dewasa.

“ Tajuk dan pemilihan para pelakon sudah ditetapkan cuma tunggu waktu yang sesuai untuk diumumkan. Insya Allah, kami akan menjalankan penggambaran bulan Disember ini,” ulasnya ringkas kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, Linda masih sibuk dengan perniagaan nasi ayam serta produk makanan dan minuman antaranya Teh Beng Kaw, Kerepek Makcik Bawang dan Acar Buah Mak Yam. Semoga terus sukses Linda Onn!

SGMS Faida