Categories: LIFESTYLE

Kesan Bahaya Guna Kuali ‘Non-Stick’ Rosak, Jangan Simpan Lagi

Kuali tidak lekat (non-stick pan) semakin mendapat sambutan dalam kalangan kita kerana menjadi perkakas yang memudahkan kerja-kerja memasak.

Tapi, apa yang perlu kita tahu adalah ia akan memberikan kesan bahaya jika disalah guna.

Tak dinafikan, kuali tidak lekat ini membolehkan kita mengurangkan penggunaan minyak masa semasa memasak dan memudahkan pembersihan.

Pun begitu, kuali jenis ini tidak selamat digunakan jika permukaannya bercalar.

Kenapa tak selamat?

Apabila kuali calar, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan yang dimasak.  Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik.  Apa yang lebih bahaya adalah memasak menggunakan kuali tidak lekat dengan haba yang tinggi boleh mengeluarkan bahan kimia perfluorooctanoic.

Dengan penggunaan sederhana, kuali tidak lekat boleh bertahan sekitar 5 tahun dan jika kuali rosak, jangan sesekali sayang nak buang.

Untuk mengelakkan kuali dalam keadaan baik, guna senduk jenis kayu dan elakkan mengadun bahan menggunakan bahan keluli.

Sumber: JSOnline

SGMS Enal