“Dua Malam Sebelum Tidur Saya Menangis Dalam Gelap” – Nana Sheme Dedah Emosi Terganggu Gara-Gara…

Kes viral berhubung isu Abang Tesla berkahwin dua menjadi bualan hangat baru-baru ini.

Tidak terkecuali, penyanyi Nana Sheme mendedahkan emosinya turut terganggu sehingga menangis selama dua hari sebelum tidur.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia mengakui sedih dengan apa yang dilalui isteri pertama Abang Tesla meskipun dia tidak berada di tempatnya.

“Two nights ago before bed I menangis senyap-senyap dalam gelap, tengok video Abang Tesla (poligami) walaupun tak dapat relate tapi timbul rasa sedih bila tengok first wife tu menangis,” luahnya.

Menurutnya lagi, perkara tersebut disedari suaminya dan cuba menenangkan dirinya dengan berdoa agar rumah tangga mereka terpelihara.

Pada masa sama, dia turut bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan menyayanginya.

“My husband heard me crying and terus slow talk. He was really furious about the video for many reasons. Dia ajak duduk & doa sama-sama supaya Allah jaga rumah tangga kami.

“Syukur I dapat suami macam you. Stay like this okay? Love you always,” ujarnya.

Terdahulu, video Abang Tesla menerima pelbagai reaksi dan kecaman hebat dalam kalangan netizen yang meminta restu isteri pertama untuk berkahwin dua.

Untuk rekod, Nana dan suami, Zikri Zakaria telah mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Ini Tak Pernah Bersentuhan…” – Nana Sheme Akui Masih Kekok Pegang Suami

Maya Basir