Didakwa Tak Laku & Takut Hilang Job, Eyka Farhana Nafi Kahwin Senyap-Senyap -“Kalau Boleh Saya Nak Bagitahu Semua Orang!”

Pelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan kononnya dia adalah artis yang mengambil keputusan untuk berkahwin secara senyap-senyap seperti yang didakwa netizen sebelum ini.

Menurutnya, tuduhan itu adalah tidak berasas dan tidak benar memandangkan dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem dan beberapa lagi projek.

Dalam pada itu, dakwaan yang mengatakan dia takut kehilangan ‘job’ dan tidak laku kerana mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kekasih hati di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

“Kenapa saya kena kahwin senyap-senyap kalau boleh semua orang tahu.

“Saya kalau kahwin nak bagitahu semua orang, tak nak senyap-senyap. So, itu bukan saya.

“Saya bukan tak exposed, ada sahaja dan itu bukan sebab takut hilang job atau populariti cuma hal personal saya rasa lebih privasi.

“Ada sebenarnya post kadang-kadang cuma tak semua benda orang perlu tahu pasal saya. Mungkin bila saya rasa nak share, saya akan share,” katanya ketika ditemu bual pada program Melodi.

Meskipun lebih memilih privasi, Eyka berkata, tidak ada istilah untuk memuat naik setiap perkara yang dilakukannya di media sosial melainkan ia adalah untuk komitmen bekerja dan untuk berkomunikasi dengan pengikut dan peminatnya.

“Tak ada istilah saya kena post semuanya kat media sosial sebab saya anggap apa yang saya post itu khas untuk kerja dan untuk communicate dengan followers saya,” jelasnya.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai bilakah masa yang sesuai untuknya menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati yang juga pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) Akhyar Rashid, pelakon Anak Perjanjian Syaitan 2 ini tidak menafikan sekiranya sudah sampai seru dan masa mengizinkan, hari bahagia itu pasti akan tiba.

“Sebelum ni pun kalau orang tanya saya akan cakap bila seru dah sampai, Inshaa-Allah. Tapi buat masa sekarang ni saya nak fokus untuk diri sendiri dulu.

“Banyak lagi perkara yang saya perlu buat dan tak achieve dalam hidup. Mungkin esok atau lusa kita tidak tahu. Tapi apa pun doakan.

“Alhamdulillah,  peminat-peminat saya sangat supportive apa sahaja yang saya buat mereka dah mula boleh menerima saya seadanya dan lebih positif ke atas diri saya juga 

“Dan saya dan dia (Akhyar) juga saling support each other. Dia fokus dengan kerjaya dia dan saya pun begitu juga,” ujarnya.

 

 

Salma Syahbuddin