Nash Pasang Niat Buat Konsert Solo Di IB Oktober Ini

Penyanyi rock lagenda, Datuk Nash meluahkan hasrat untuk mengadakan konsert solo di Istana Budaya pada akhir tahun ini.

Kata pemilik nama sebenar, Jamaluddin Elias aka Nashruddin Elias  yang terkenal dengan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’, dia telah membuat permohonan sebelum ini untuk merealisasikan impiannya itu.

“ Saya sudah berjumpa dengan Ketua Pengarah IB iaitu Dato Juhari Shaarani memberitahu hasrat untuk beraksi di pentas gah itu. Besar harapan saya agar permohonan diluluskan kerana sudah lama saya merancang membuat persembahan solo di sana.

“ Jika konsert ini menjadi kenyataan, ia mungkin bakal menjadi konsert bersejarah yang dikenang selamanya. Doa-doakan,” katanya kepada XTRA ketika ditemui pada majlis Iftar Watie Collections di Shah Alam, baru-baru ini.

Tambah Nash, jika diizinkanNya konsert ‘Santai Legend Bersama Datuk Nash’ bakal menggegarkan pentas IB pada hari ulang tahunnya ke 60 pada 4 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, Nash baru sahaja menyiapkan sebuah single terbaharu berjudul ‘Akhirat Di Depan’.

Tambahnya, album istimewa ini juga merupakan kerjasama bersama Dato Hattan dan Dato Malek Ridzuan.

SGMS Fas