Bukan demand, tapi ini jawapan pelakon ala-ala korea kita!

Bagi pelakon Nazim Othman, 34 beliau sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk membeli sut dan pakaian kasualnya demi untuk menjayakan watak beliau dalam sesebuah drama. 

“Saya sanggup keluarkan modal sendiri untuk menjaga imej. Lagipun sebagai seorang pelakon kita jangan berkira soal wang untuk imej. Sebab itu semua untuk kerja kita juga dan masa hadapan. Jadi tak salah untuk habiskan duit bagi menjayakan sesuatu watak itu.”Saya ada beli 11 sut di Vietnam dan selainnya tempah di sini sahaja. Kos perbelanjaan saya untuk imej dalam drama itu sebanyak puluhan ribu.” Katanya. 

Tambahnya lagi, dia tidak membenarkan sesiapa untuk menguruskan rambutnya dan solekannya kerana beliaulebih selesa untuk melakukannya sendiri.

“Macam rambut dan solekan diwajah saya tak pernah benarkan sesiapa untuk usik. sya akan buat sendiri. Sebelum datang ke lokasi penggambaran, saya dah bersiap terlebih dahulu. saya lebih selesa untuk melakukannya sendiri. Jurusolek di set hanya betulkan atau tambah jika perlu sahaja. Tapi hanya solekan rambut hanya saya yang buat.”

Dalam perkembangan terkini, Nazim Othman sedang sibuk dalam penggambaran sebuah dramanya yang bakal bersiaran pada 20 Mac ini.

Salma Syahbuddin