Nazrief Nazri Pilih Model Sebagai Pasangan Hidup

Pelakon dan model, Nazrief Nazri (28) selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, model hijab, Aizatul Aqma Hamdan (25) dengan sekali lafaz saja, jam 6.10 petang semalam. 

Majlis yang diadakan di Seavoy House, Titiwangsa di Kuala Lumpur dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu, termasuk keluarga dan kenalan rapat yang menyaksikan pasangan kedua mempelai dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.  Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib, iaitu pernikahan, seperti dituntut agama,” katanya kepada BH Online. 

Memetik laporan portal tersebut, keluarga pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran RM15,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima dari pihak pengantin perempuan.

Terdahulu, pelakon Cinta Bukan Kristal ini menghantar rombongan merisik pada 30 Jun tahun lalu.

Untuk berita perkahwinan atau gosip percintaan selebriti tanah air mahupun antarabangsa, sila layari www.mahligaicinta.my

Kredit Foto dan video: Instagram @nazrief_nazri

Del14