Neelofa Belum Bersalin, Masuk Hospital Atas Nasihat Doktor

Selebriti terkenal Neelofa tampil memaklumkan dirinya masih belum bersalin dan masih menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata keduanya bersama suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Neelofa menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), sebentar tadi.

Menurut Neelofa, dia terpaksa dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari atas saranan doktor untuk membuat pemerhatian kesihatan.

“Salam semua, Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan mash menghitung hari untuk menyambut anak ke-2.

“Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan, namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat Dr dan tujuan pemerhatian kesihatan saya.

“InsyaAllah, kami akan kongsikan secara official bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Terdahulu, PU Riz tampil mengumumkan bahawa isterinya itu sudah tiba masa untuk melahirkan ketika sedang mengendalikan sebuah program, Salam Baitullah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap Hadir Kendali Program, PU Riz Cemas Neelofa Dah Nak Bersalin

Fatin Nurain