Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 11, 2022 @ 2:33pm

Netizen Hanya Tahu Lagu ‘Seribu Tahun’? Imran Ajmain Ulas Dakwaan Dikatakan ‘Sentap’

Penyanyi Imran Ajmain mengakui dia berasa triggered ataupun sentap apabila ada seorang netizen bertanya adakah Imran Ajmain tiada lagu lain selain lagu hitnya iaitu Seribu Tahun.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Imran berkata jawapan yang diberinya itu tidak bermaksud menyindir seperti yang didakwa.

“Saya faham dan akur status sebagai seorang penyanyi itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, saya tak pernah viral, tak pernah menang pertandingan.

“Dalam dunia serba serbi canggih, dia tak buat kajian lagu-lagu saya yang lain. Yang dia kekal gemar ialah Seribu Tahun. Kalau nak kata saya sentap itu, tidak la dan perkataan itu agak kasar.

“Bila tanya, saya akan jawab dan share “boleh la dengar lagu-lagu saya yang lain’. Tetapi bila saya dapat provokasi daripada individu itu, saya rasa tidak adil.

“Sebab saya seorang yang sopan dan saya dididik sebegitu. Saya menjaga tutur cara percakapan saya. Tak pernah saya guna ayat menyindir seperti yang didakwa,” katanya.

@omgitsimranajmain Pernah dengar lagu – DIKALUNG KASIHAN? Full story on my IG — click link in bio #dikalungkasihan ♬ Di Kalung Kasihan – Imran Ajmain

Terdahulu, ada seorang warganet mendedahkan dia pernah bertanya kepada Imran mengenai lagu baru selain lagu popularnya, Seribu Tahun dan mendakwa penyanyi itu mudah ‘trigger’ apabila memintanya untuk buat kajian tentang lagu-lagu lain.

Namun pelantun lagu  Ghaibmu itu berkata dia sentiasa percaya rezeki datang bukan sekadar bergantung kepada viral atau anugerah.

“Kita hanya perlu segenggam peminat untuk kelangsungan karier seni selain show. Bagi saya, jika tak popular atau tak viral, tak bermaksud individu itu suam-suam kuku atau tak berjaya.

“Ada saja penyanyi yang bertahun-tahun aktif, namun kejayaan dia tak terlihat orang ramai. Ada juga penyanyi yang show banyak sangat dan laman sosial padat dengan aktiviti tapi tidak dikenali ramai.

“Saya selalu ingat pesanan Atilia Haron ‘kita tak dapat award tak apa, asalkan bil kita dibayar’. Sampai hari ini saya masih pegang pesananya,” ujarnya.

@atifzul #stitch with @Imran Ajmain ♬ Di Kalung Kasihan – Imran Ajmain

@atifzul Replying to @omgitsimranajmain ♬ original sound – A T I F

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Wed, 27 Aug 2025
Featured Sun, 20 Jun 2021

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. […]

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Ude Wahid Semakin Biadab?

Namun, tidak berhenti disitu Ude baru-baru ini telah memuat naik gambar dilaman instagram beliau yang menunjukkan sarapan roti telur yang dibuat oleh isterinya, Izreen. Dalam ruangan caption tersebut, Ude seakan-akan memerli bekas isterinya yang dianggap sudah move on

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Trending Sat, 21 Apr 2018

Ada Cacing Mati Dalam Tin Sardin, Produk Jenama Terkenal Ditarik Balik!

Produk sardin jenama TLC dan TL Tan Lung ditarik balik.

Events Fri, 6 Sep 2019

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!伴你度过美好的周末

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!约定你9月7日及8日,让一众艺人朋友伴你度过美好的周末,共庆中秋佳节庆团圆。

error: Content is protected !!