Netizen Kurang Senang Dengan Cara Berkempen, Ramai Yang ‘Unfollow’ Abby Abadi Gara-Gara…

Pelakon Abby Abadi semalam memaklumkan dirinya akan turun berkempen bagi membantu sebuah parti politik sempenan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ternyata ramai yang memberikan pelbagai reaksi apabila Abby memaklumkan perkara itu di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Yakin Dengan Pilihan Saya” – Abby Abadi Turun Berkempen

Terbaharu, Abby memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan kata-kata inspirasi berkaitan dengan fitnah.

Di perkongsian itu juga diselit satu video yang menunjukkan bukti-bukti fitnah yang dilemparkan oleh sebuah parti politik.

Tetapi di ruangan balas, ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelakon itu apabila rata-ratanya mempersoalkan cara Abby berkempen dengan memburukkan sesebuah parti politik.

Lebih mengejutkan apabila ramai juga bertindak untuk ‘unfollow’ Abby di Instagram gara-gara didakwa seolah-olah menyebarkan kebencian ketika berkempen di media sosial.

Sehingga kini perkongsian Abby itu tak henti-henti menerima komen balas daripada warganet gara-gara muat naik panas itu.

Khairil Khusyairi