“Aku Bukan Tak Nak Support Industri Muzik Malaysia, Tapi…” – Netizen Kritik Lagu Baru Ratu Farah

Bagi pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian sehingga mencuit hati penonton.

Terbaharu, pempengaruh TikTok itu sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan single terbarunya Harga Barang Naik, hasil kolaborasi bersama Rusa Music Entertainment.

Walaubagaimanapun, lagu nyanyiannya itu telah mendapat kecaman dan kritikan orang ramai yang kecewa dan kesal mendengar single terbabit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menganggap lagu terbabit telah menghancurkan industri muzik di Malaysia dan seolah-olah hanya ingin mempermainkan industri nyanyian.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan lagu nyanyian Ratu itu susah untuk difahamkan kerana sebutan dan vokal yang kurang jelas.

Dharnieya Nur Amelsa