Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Perkongsian terkini pelakon jelita, Fasha Sandha mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama pelakon sensasi, Kazar Saisi.

Menerusi hantaran tersebut, Fasha memuat naik beberapa keping foto ketika sedang menjalankan penggambaran drama bersama Kazar.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran aktres drama rantaian Khilaf Asmara ini menerima pelbagai reaksi netizen yang kurang senang melihat foto Fasha bersama Kazar.

Segelintir netizen meluahkan rasa meluat dan meminta isteri kepada aktor Aidil Aziz ini untuk memadam fotonya bersama Kazar.

ā€œTah apa-apa gambar pertama tu. Sorry la Kak Fasha, You may respect him, but kami tak bolehā€¦,ā€ tulis netizen.

ā€œOrang tua tukang sondol suami orang. Dah dekat dah tu Hatyai. Delete la gambar ni, tak suka orang tua tu,ā€ kata netizen lain.

Sebelum ini, nama Kazar hangat menjadi perbualan ramai selepas menjadi wali kepada anaknya, Ira Kazar untuk bernikah dan menjadi isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Thailand pada awal tahun lalu.

Aqilah Paharuzi