Netizen Persoal Beg Tangan Mahal & Cara Urus Rumah Tangga, Watie Tampil Beri Penjelasan

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan barangan mewah miliknya dibeli dengan hasil pendapatannya sendiri tanpa bergantung kepada wang suami.

Menerusi hantarannya di Instagram, seorang individu meninggalkan komen dengan mempersoalkan auratnya selain beg tangan mewah yang dipakai dengan arwah Siti Sarah.

Malah, dia turut mempertikaikan cara Watie menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suaminya.

“Maaf kata Watie, kalau arwah Siti Sarah dulu pakai tudung tutup dada, tak pakai beg mahal, tak perlu satu keluarga pakai baju sama tapi hak staff di akhirat dititikberatkan.

“Betul awak nak majukan perniagaan Shuib tapi salah caranya. Maaf saya menegur ya,” kata individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Watie tampil menjelaskan teguran yang dipersoalkan.

“Bab aurat saya tahu mungkin saya ada banyak kekurangan tapi soal beli bag mahal, maaf nak cakap saya beli 100 peratus semua dengan pendapatan saya sendiri. Itu adalah cara saya nak reward diri saya.

“Bab pakaian anak itu adalah cara saya dalam menguruskan rumah tangga. Saya harap awak dapat terima penjelasan saya,” jelas Watie.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Situ Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Maya Basir