Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Baru-baru ini, pelakon jelita Izara Aishah meluahkan hasratnya untuk menetap di salah satu kota suci umat Islam iaitu Madinah.

Menurutnya, dia mahu menjadi teladan yang baik kepada puteri sulungnya, Irisa Alaia.

“Ada banyak impian, seperti orang lain kita semua hendak membahagian ahli keluarga kita. Icha (panggilan diri Izara Aishah) mahu menjadi contoh yang baik kepada anak Icha sendiri.

“Dan Icha sebenarnya ada impian mahu menetap di Madinah dan kalau boleh meninggal dunia pun di sana. Impian ni memang ada dalam doa-doa Icha,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen di Facebook sebuah portal hiburan, berita mengenai impian penghijrahan Izara ini telah mencetuskan perbalahan dalam  kalangan netizen yang turut meluahkan rasa tidak puas hati.

Ada sesetengah daripada mereka yang mempersoalkan niat sebenar Izara disebalik impiannya untuk menetap dan memilih untuk meninggal di Kota Suci.

Malah, ada segelintir daripada netizen yang berkata meninggal di mana-mana pun tidak diambil kira, namun yang dipertimbangkan adalah amalan seseorang Muslim.

Bukan itu sahaja, mereka turut berkata Izara seperti mahu meniru telunjuk selebriti, Noor Neelofa yang turut mendedahkan bakal berhijrah ke Madinah dalam masa terdekat.

Namun begitu, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan doa agar segala urusan dan impiannya akan tercapai.

Sumber: Astro Gempak

Aqilah Paharuzi