Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 26, 2023 @ 8:38pm

Netizen Sering Persoal Pilihan Hati, Ini Penjelasan Shuib – “Yang Kenal Pasangan, Kita Saja”

Pelawak Shuib meluahkan rasa hairan apabila kisah peribadinya mengenai hubungan bersama usahawan bernama Watie Hanifiah sering menjadi bualan di kalangan warganet.

Memetik laporan Gempak, Shuib memberitahu dia tidak faham mengapa warganet perlu mempersoalkan pilihannya itu.

“Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

“Contoh la kalau saya nak kahwin, orang nak buka cerita dia.. belum tahu dia macam mana pun dah cakap macam-macam… boleh ke dia ni? Muka garang la, kalau jadi mak tiri garang.

“Saya jadi tak faham… mungkin orang ambil berat fasal saya sebab itu mahu yang terbaik untuk saya tapi bila kita nak berumah tangga, kita saja yang tahu, yang kenal pasangan, kita saja. Mungkin orang hanya nampak luaran saja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa rimas dan sensitif apabila sering disoal tentang pengganti Allahyarham isterinya, Siti Sarah.

“Sebenarnya ada la juga rasa rimas, kadang-kadang saya jadi sensitif bila orang tanya ‘dah ada pengganti ke?’. Soalan itu agak sensitif buat saya.

“Bukan apa, kalau kita sedih orang tahu… tak tahu la nak cakap orang tak faham ke atau mungkin memang mereka ambil berat kot,” ujarnya.

Shuib, bapa empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun, kehilangan isteri tercinta, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Jun 2022
Featured Sun, 10 May 2020
Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Fri, 15 Mar 2019

Kenali ‘pelakon’ yang main watak kucing peliharaan Captain Marvel

Kucing pun pandai beraksi di hadapan kamera!

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Banyak Cabaran Sepanjang Berkahwin, Diana Danielle Mengaku Tak Kuat?

Allah SWT akan beri sesuatu yang lebih manis dan indah jika kita terus bersabar.

Featured Wed, 5 Oct 2022

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Getaran jiwa…. melanda hatiku, tersusun nada irama dan lagu

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Ameera Khan Akui Dah Lama Move On, Jawab Gosip Mengenai ‘Gewe’ Baharu

Adik kepada selebriti Noor Neelofa ini turut menjawab dakwaan kononnya dia sudah mempunyai kekasih baharu

error: Content is protected !!