Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 21, 2022 @ 6:14pm

“Lelaki Tak Akan Mengamuk Tanpa Sebab” – Fizi Ali Hilang Sabar, Ini Penjelasan Isu Amuk Terhadap Shakilla

Penyampai radio, Fizi Ali memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu status yang dimuat naik di sosial media itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story milik Fizi, dia seperti hilang sabar terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

“Aku hormat sebelum ni sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab nak jaga aib kau.

“Kau makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya. Aku rasa makin lama makin tipis ni.

“Hidup aku dah jahanam sekarang. Aku hilang semua benda, semua sebab kau! Kau tak sedar lagi ke?

“Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” tulis Fizi.

Memetik laporan mStar, Fizi berkata untuk mengetahui perkara sebenar boleh bertanya pada pihak Shakilla sendiri.

“Perkara ini saya tidak mahu komen banyak, nanti takut ada pihak yang terkecil hati atau sebagainya.

“Status tu lebih kepada luahan perasaan sebenarnya, mungkin ada yang terlebih di situ bagi tatapan umum.

“Untuk perkara selebihnya saya tidak boleh komen secara lebih lanjut. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya belah sana,” katanya.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir Disember lalu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 4 Dec 2018

Jom Makan Cendol PERCUMA Dengan Penyampai Kool FM Sabtu Ini

Wah, free cendol for everyone…Jom ke empat lokasi terpilih bermula Sabtu ini!

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Trending Wed, 24 Jan 2024
Hiburan Mon, 2 Feb 2026
Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Misha Omar, Noryn Aziz Dan Siti Sarah Gabung Suara Untuk Konsert Soul Sisters

Konsert anjuran Edd Razhe Entertainment (ERE) itu menjanjikan persembahan berbeza daripada konsert yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

Filem Sun, 3 May 2026

Solekan ‘Pewaris Susuk’ Terlalu Real, Pelakon Sendiri Terkejut Lihat Hasil Akhir

Filem seram bukan sekadar bergantung kepada jalan cerita menakutkan, tetapi juga visual yang mampu membuat penonton rasa seolah-olah apa yang dilihat benar-benar wujud.

error: Content is protected !!