Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2024 @ 5:36pm

Kadar Gaji Naik RM1,700… PU Syed Akui Terbeban – “Sebagai Majikan Rasa Tak Mampu”

Pendakwah bebas, PU Syed mengakui terbeban dan tidak mampu untuk membayar gaji pekerja minimum yang telah dinaikkan kepada RM1,700 selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025, baru-baru ini.

PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 42, menjelaskan dia bukan tidak bersetuju dengan kenaikkan kadar gaji tersebut, sebaliknya tidak mampu untuk membayar pekerja.

“Jika RM1,700 gaji minimum dari RM 1,500. Di sini bukan sahaja naik RM200 tetapi caruman untuk KWSP juga akan naik dan caruman SOCSO juga akan naik.

“Ambe (saya) selaku majikan tak mampu dah… kalau kakitangan awam atau syarikat mahakaya lainlah.. Ambe bukan tak setuju naik gaji tu..tetapi selaku majikan terasa tak mampu sungguh,” tulisnya.

PU Syed berkata demikian menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya.

PU Syed

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.

Artikel Berkaitan: Lagu & MV Bukit Mak Dikritik Persenda Agama, PU Syed Tegur Namawee & Harith Iskander – “Jangan Sentuh Isu Sentimen Di Malaysia”

Artikel Berkaitan: Titip Komen Nakal Berkaitan Isu Poligami, PU Syed Kecewa Wanita Bergurau Sampai Persenda Agama – “Jika Sedar, Mohonlah Ampun Kepada Allah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025

“Tak Payah Nak Terkejut Sangat, Itu Kehidupan Dia” – Hot Daddy ‘Backup’ Zarina Anjoulie

Hot Daddy tampil pertahankan Anju didakwa buat content bersama

Trending Sun, 17 Apr 2022

Gaji Minimum Perlu Diperhalusi Lagi

Datuk Willie mahu kerajaan perhalusi gaji minimum

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Al- Fatihah, Tiada Lagi Opie Panji …

Allahyarham yang berusia 48 tahun itu dikejarkan ke HTAA 4 Ogos lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Indera Sempurna sebelum dirawat di hospital itu.

Hiburan Wed, 22 May 2019

Artis Senior Lancar Tabung Kilat Buat Keluarga Shah Slam

Lebih RM 600 berjaya dikutip untuk diserahkan kepada keluarga Shah Slam pada Isnin lalu. Alhamdulillah…

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Wed, 23 Jul 2025
error: Content is protected !!