Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 23, 2022 @ 6:06pm

Netizen Tanya Apa Perasaan Fasha Sandha Apabila Sheila Rusly Jadi Ibu Mentua Elisya – “Saya Adalah Orang Pertama Yang Cuba…”

Pelakon popular, Fasha Sandha, 38, berkongsi perasaan apabila selebriti sensasi Sheila Rusly menjadi ibu mentua kepada adiknya, Elisya Sandha.

Fasha menjawab soalan yang ditanya oleh pengikutnya menerusi sebuah pautan di Instagram ‘Ask Me A Question’ baru-baru ini.

“Apa perasaan bila Sheila Rusly jadi ibu mertua kepada adik Fasha?” soal individu berkenaan.

Jawab aktres drama Rampas Cintaku ini, dia adalah insan yang bertanggungjawab menyatukan keluarga Sheila bersama keluarganya.

“Apa yang membahagiakan adik saya, ia juga membahagiakan saya. Saya adalah orang pertama yang cuba untuk menyatukan dua keluarga sebelum ini.

“Pada saya, hadiah yang tidak ternilai untuk adik-beradik adalah ‘doa’. Doa yang baik-baik untuk satu sama lain walaupun masing-masing ada keluarga sendiri dan sibuk,” jawabnya.

Sekadar info, adik Fasha, Elisya Sandha dan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.

Sebelum ini, Sheila mendedahkan pernah berkongsi tips kepada menantunya mengenai cara-cara untuk memenangi hati suami agar sentiasa setia kepada yang satu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheila Rusly Dedah Sering Kongsi 3 Tips Kebahagiaan Rumah Tangga Pada Elisya Sandha -“Jaga Hati, Jaga Perut & Jaga ‘A*u’”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Trending Mon, 22 Jul 2019

Awas! Ada Tujuh Aplikasi Mudah Alih Bahaya Kini Tular….?

Pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing.

Hiburan Sun, 12 Nov 2023
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

导演2周前松口《歌手》惊传下季停播!

中国综艺节目《歌手》第6季自开播以来便话题不断,不过近来传出下一季恐停播「不玩了」或是将转变节目型态;而该节目导演洪涛早在两个礼拜前,就疑似曾以文字做出暗示。

Trending Wed, 18 Apr 2018

Wow! Nasi Kerabu Original Dari Kelantan Dengan Lauk XXL

Tidak perlu pergi jauh ke Kelantan, anda kini boleh merasai sendiri kelazatan nasi kerabu di kota raya, Kuala Lumpur!

Featured Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Looking For The Tips To Buy A House? Catch This New TV Series ‘Misi Rumah Impian’ On TV3

Looking for the ultimate 101 guide on buying a house? Watch this!

Hiburan Fri, 30 Aug 2024
error: Content is protected !!