Niat Tunaikan Umrah Dipertikai, Intan Najuwa Suruh Netizen Bersihkan Hati

Marah betul pelakon, Intan Najuwa apabila niatnya menunaikan umrah dipertikaikan netizen. Mana taknya…niat Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid untuk berkongsi dengan pengikutnya foto-foto sewaktu berada di Tanah Suci menjadi kecaman segelintir netizen. 

Intan yang sedang menunaikan ibadah umrah dengan ahli keluarganya telah memuat naik foto memakai niqab dan berjubah hitam di hadapan Jabal Uhud menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian itu rata-rata mendapat reaksi yang positif dari pengikut-pengikutnya yang mendoakan agar Intan kekal istiqomah sekembalinya ke Malaysia. 

Namun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan niat pelakon drama rantaian ‘Setelah Ku Dimiliki’ itu dan mendakwa Intan hanya ke sana sekadar ‘melancong’ dan bukannya betul-betul menunaikan ibadan. 

Tidak puas hati dengan komen yang ditinggalkan oleh dua orang netizen, Intan telah memuat naik tangkapan skrin komen tersebut dan membalas komen mereka. 

“Yeah itu terpulang kepada awak, kepada niat awak.  Saya jarang balas komen orang tapi awak berdua sangat melampau.

“Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan busuk sangat. Niat saya, saya sendiri tau.  Antara saya dengan Allah. Awak berdua tolong diam dan bersihkan hati yang busuk tu. Terima kasih,” balas Intan. 

Malah, Intan juga bertindak membalas komen-komen negatif yang ditinggalkan di entri tersebut mungkin kerana tidak tahan dengan perangai sesetengah netizen yang begitu cepat untuk menghukum orang, terutama sekali artis yang menunaikan umrah. 

Kredit Foto: Instagram @intannajuwa

 

Del14