Categories: LIFESTYLE

Tahan Kencing Boleh Bawa Maut

Dalam kehidupan yang sibuk kita lazim mengutamakan pekerjaan daripada keperluan diri sendiri. Seperti tabiat membuang air umpamanya, ramai boleh dikatakan sanggup menahan kencing semata-mata mahu menyelesaikan kerja dan dalam keadaan lain, mungkin malas untuk berjalan ke tandas. Nah, padahnya ia mungkin membawa maut tahu?
Kita sering dengar cakap-cakap orang yang mengatakan penyakit batu karang adalah disebabkan tabiat yang gemar menahan kencing. Apakah ia benar?
PUNCA PENYAKIT BATU KARANG?
Untuk pengetahuan umum, Batu Karang berpunca daripada kekurangan air dalam tubuhdan bukanlah kerana selalu menahan kencing. Ia akan menyebabkan batu-batu halus terbentuk dalam saluran air kencing (dari sekitar buah pinggang hingga ke bahagian pundi) dan amat menyakitkan. Dalam keadaan lain, sejarah keluarga serta pengambilan makananseperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan juga boleh menjadi faktor Batu Karang.
TABIAT MENAHAN KENCING
Menahan kecing sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika boleh sila elakan. Ini kerana, ia mampu memberi efek jangka masa panjang termasuklah jangkitan kuman pada pundi dan buah pinggang. Menahan kencing juga akan membuatkan urinary retention) lalu menjadikan perut tidak selesa.
RISIKO SUKAR MENGAWAL KENCING BILA SEMAKIN BERUMUR
Dalam keadaan jika semasa muda seseorang itu suka menahan kecing, apabila tua kelak individu itu akan mudah terkencing ketika batuk, bersin, melompat dan ketika melakukan pelbagai aktiviti harian yang lain.
SGMS Enal