Noraniza Idris Sebak Di Majlis Pernikahan Anak Sulung

Penyanyi irama Malaysia Noraniza Idris meluahkan rasa sebak apabila anak sulungnya, Aliff selamat bergelar suami, semalam.

Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani turut menulis nukilan panjang yang mengandungi doa buat anaknya itu yang kini melayari bahtera perkahwinan.

“ Alif anakku, kau adalah ketua keluarga maka bimbinglah isteriku, bakal ibu kepada anak-anakmu. Hormati mertuamu, ipar dan saudara semendamu dan keluargamu sendiri.

“ Jika duka kau jumpa, kembalilah kepada Allah. Jika suka yang kau jumpa, bersyukurlah. Doa sentiasa mengiringimu Aliff,” luahnya.

Pelantun lagu Awallah Dondang ini juga memohon maaf kepada anaknya itu atas segala kekurangan sepanjang membesarkan Aliff.

Difahamkan, Aliff dan isteri, Ezza Nafiesha Zakaria bernikah di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 Disember lalu.

Aliff merupakan anak sulung Noraniza bersama bekas suaminya, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Fareez.

Mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 25.

SGMS Faida